3 KURSUS UNTUK RESKILL PALING POPULAR 2024

Perkataan ‘upskill’ dan ‘reskill’ semakin popular dikalangan para majikan dan syarikat-syarikat besar yang ingin memastikan terdapat peningkatan produktiviti setiap pekerja dibawah tanggungjawab mereka. Korang tahu tak fakta berkenaan kebajikan dan pemantapan kemahiran setiap staf adalah tunjang utama kepada pertumbuhan sesebuah institusi. Oleh itu, penyertaan korang dalam kursus untuk reskill dan upskill sesebuah kemahiran sedia ada atau baru sentiasa mendapat galakan daripada pegawai atasan.
article3(1)
Kenapa perlu ikuti kursus untuk reskill dan upskill?
Upskill dan reskill mempunyai kepentingan masing-masing dalam mencapai objektif yang korang kehendaki. Sebagai contoh, sekiranya korang berminat dalam kerjaya yang korang sedang ceburi, korang boleh memilih kursus-kursus untuk upskill kerana ia membantu korang untuk lebih berkemahiran dalam bidang sedia ada yang korang dalami.
article3(2)
Tapi, kalau korang nak luaskan pengetahuan korang dalam bidang yang lain, korang boleh cari kursus-kursus untuk reskill kerana korang akan dapat lihat sejauh mana kebolehan diri korang sendiri. Korang percaya tak? Pilihan kursus untuk reskill adalah sangat luas sama ada untuk mereka yang sudah bekerjaya atau baru nak mulakan kerjaya.
article3(3)
3 Kursus untuk Reskill 2024
Dalam mendepani industri kerjaya yang semakin berkembang pesat, korang juga perlu berusaha untuk bersaing dalam meningkatkan potensi diri sebagai pemain industri. Berikut adalah 3 pilihan kursus-kursus untuk reskill yang mempunyai peluang pekerjaan yang besar dalam industri semasa 2024.
1. Kursus Pengurusan haji dan umrahKursus ini sentiasa menjadi pilihan kursus untuk reskill bagi mereka yang sudah berumur. Kebanyakkan daripada mereka mengikuti kursus jangka pendek dalam pengurusan haji dan umrah sebagai perancangan pekerjaan sambilan selepas pencen.
article3(4)
Walau bagaimanapun, kursus ini turut membuka peluang yang besar kepada golongan remaja seperti korang semua. Penyertaan golongan muda adalah sangat dialu-alukan oleh orang-orang industri kerana kemampuan tenaga yang masih kuat dan kebolehan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran diri ke arah lebih baik. Bagi korang yang berminat dalam kerjaya islamik, kursus untuk reskill ini adalah pilihan yang terbaik untuk diceburi.
article3(5)
Terdapat pelbagai variasi kursus untuk reskill dalam bidang pengurusan Haji dan Umrah yang ditawarkan di Malaysia seperti Sijil Profesional Haji dan Umrah. Ia bukan sahaja mempunyai modul pengajian 3 bulan yang lengkap tetapi juga diajar oleh pakar industri sendiri.
2. Kursus Pengurusan PenerbanganPenerbangan adalah salah satu industri yang sangat luas untuk korang terokai. Dalam memastikan pelbagai jadual penerbangan ke serata dunia dapat dijalankan dengan lancar, sektor pengurusan dalam operasi penerbangan adalah salah satu bahagian yang sangat penting. Korang mesti tidak tahu yang bidang pengurusan penerbangan mempunyai potensi peluang pekerjaan yang sangat besar untuk mereka yang memilih bidang ini sebagai kursus untuk reskill?
article3(9)
Untuk bidang penerbangan, kebanyakan orang lebih familiar dengan kursus profesional berkaitan kerjaya sebagai krew kabin. Walau bagaimanapun, kriteria-kriteria kerjaya sebagai krew kabin adalah lebih ketat seperti tiada parut yang nyata, berketinggian tertentu dan mempunyai berat badan ideal yang normal. Hal ini menjadikan kerjaya krew kabin terhad kepada sebahagian orang tertentu sahaja. Namun, terdapat pilihan kursus untuk reskill yang lebih terbuka untuk korang menyertai dunia penerbangan iaitu dalam bahagian khidmat pelanggan dan pengendalian darat.
article3(8)
Paling menarik ialah platform seperti Aviation Career Malaysia akan bantu korang dalam proses temuduga sehingga korang berjaya bekerja dalam kursus untuk reskill ini.
3. Kursus MaritimSatu lagi kursus untuk reskill yang popular pada tahun 2024 adalah kursus latihan professional dalam sektor maritim. Paling special, terdapat institusi yang menginovasi modul kelasi dek dan engin dengan kerjasama pakar industri dalam membantu golongan muda yang cenderung dengan pembelajaran secara praktikal berbanding teori.
article3()
Korang kena bijak memilih kursus untuk reskill yang terbaik. Hal ini kerana terdapat platform yang menyediakan kursus maritim tapi tiada penglibatan pakar industri serta unit khas yang memastikan penempatan kerjaya untuk para pelatih.Walaupun kursus untuk reskill dalam sektor ini agak mahal dari segi yuran namun, korang boleh mengaut gaji yang cukup lumayan dari segi kerjaya jangka panjang. Tidak dinafikan bahawa korang akan ditempatkan bekerja bermula dari peringkat bawahan tapi, sudah semestinya korang tidak akan rugi setelah pelbagai kemahiran dalam bidang ini korang kuasai.
article3(7)
Platform Malaysia Industrial Skills Academy (MISA) bukan sahaja menyediakan kursus untuk reskill dalam bidang maritim tapi juga untuk sektor oil and gas. Yang pastinya, kursus untuk reskill yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dan menepati kriteria-kriteria penglibatan pakar industri dan penyediaan penempatan kerja.
Tekan sini untuk lihat podcast Borak Kerjaya YEG Academy
https://www.youtube.com/watch?v=8MhV2y4Bkms&t=2s
(credit by Nani)