BIDANG SAMBUNG BELAJAR DENGANPERMINTAAN PEKERJAAN TERKINI

Ramai dikalangan anak-anak muda mahupun mereka yang sudah berpengalaman dalam dunia pekerjaan mencari-cari maklumat berkenaan permintaan pekerjaan terkini. Dengan perkembangan teknologi pada hari ini, pelbagai pekerjaan semakin hilang dan turut diganti dengan kemudahan teknologi kecerdasan buatan (AI). Berikutan dengan permasalahan ekonomi yang semakin membimbangkan, orang ramai turut cenderung untuk memilih pekerjaan yang membuahkan hasil serta merta. Oleh itu, ramai golongan muda yang tidak berminat untuk sambung belajar dan beralih ke sektor ekonomi gig, e-hailing dan sektor pengilangan.
article1
Golongan remaja yang tidak berminat untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat profesional dapat memberi impak kepada usaha mencapai 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ekonomi menjelang 2030. Sehubungan dengan itu, bidang sambung belajar yang mempunyai permintaan pekerjaan terkini dapat memberi peluang pekerjaan yang relevan dengan kadar gaji yang memberangsangkan. Dalam konteks ini, memahami permintaan pekerjaan terkini bukan hanya suatu keharusan, tetapi juga kunci untuk membuka pintu menuju karier yang berjaya.
6 Contoh Permintaan Pekerjaan Terkini:
1. Pengurusan Haji dan Umrah:Dengan pertumbuhan terus-menerus dalam sektor pelancongan, terutamanya dalam pengurusan Haji dan Umrah, permintaan pekerjaan terkini dalam bidang ini semakin meningkat. Hal ini dapat dipastikan dengan perancangan masa depan pihak kerajaan yang ingin mewujudkan hub Umrah sekaligus penguatkuasaan beberapa syarat tertentu dan mengawal selia semula Akta Industri Pelancongan 1992 yang memerlukan sejumlah tenaga kerja mahir.
article2
2. Kejururawatan:Seiring dengan meningkatnya kesedaran akan kepentingan kesihatan, permintaan pekerjaan di bidang kejururawatan terus tumbuh dan diperlukan terutamanya di hospital swasta. Menurut sebuah tinjauan yang dibuat oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) pada November 2022, hasil maklum balas daripada 103 hospital mendapati Malaysia memerlukan kira-kira 9,224 jururawat tambahan pada tahun ini hingga 2025. Hal ini menjadikan kerjaya jururawat sebagai salah satu permintaan pekerjaan terkini yang tinggi.
article3
3. Kejuruteraan Penerbangan:Industri penerbangan dijangka terus berkembang seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh IATA iaitu hasil penumpang pada 2024 bakal meningkat sebanyak 1.8 peratus berbanding 2023. Selain itu, EXCO pelaburan, perdagangan dan mobiliti turut menjelaskan bahawa permintaan kerjaya terkini bagi negara memerlukan ramai pekerja mahir dalam subsektor penerbangan seperti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pembuatan aero, persepaduan sistem, rekaan dan kejuruteraan serta pendidikan.
article4
4. Jurugegas dan Juruelektrik (bidang oil and gas):Terdapat permintaan yang tinggi untuk jurugegas dan juruelektrik dalam industri minyak dan gas untuk menyelenggara dan memperbaiki peralatan serta sistem elektrikal. Peningkatan aktiviti eksplorasi dan produksi minyak serta gas menyebabkan perusahaan-perusahaan mencari tenaga pakar yang dapat menjalankan tugas-tugas teknikal dengan kecekapan semakin meningkat selaras dengan permintaan pekerjaan terkini.
article5
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT):Permintaan untuk pakar ICT terkini terus meningkat seiring dengan peralihan ke arah ekonomi digital. Keperluan untuk mengurus dan melindungi data, pengembangan perisian, dan kecekapan dalam teknologi terkini seperti kecerdasan buatan dan kejuruteraan data menjadi kriteria utama di sebilangan besar industri. Oleh itu, permintaan kerjaya terkini menunjukkan mereka yang bekerjaya dalam bidang ICT adalah semakin diperlukan.
6. Pemasaran Digital:Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi adalah selari dengan keperluan aktiviti pemasaran secara digital. Para majikan memerlukan mereka yang bukan sekadar peka IT tetapi juga mahir dalam selok belok kemajuannya. Hal ini demikian menjadikan kerjaya sebagai pemasar digital sebagai salah satu permintaan kerjaya terkini yang semakin dikehendaki..
Cara untuk Mendapatkan Tempat dalam Permintaan Pekerjaan Terkini
Untuk mendapatkan peluang dalam pasaran permintaan pekerjaan terkini yang dinamik pada hari ini, ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ menjadi salah satu elemen penting bagi mereka yang sudah bekerja ataupun bercadang untuk memulakan karier. Salah satu langkah yang perlu diambil adalah dengan mengikuti kursus-kursus yang relevan, mendapatkan sijil dan kelayakan tambahan, dan terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pakar-pakar industri.Berikut adalah kursus-kursus dan bidang sambung belajar yang boleh anda ikuti: