APA YANG PELAJAR PERLU TAHU TENTANG DIPLOMA WBL?.
Sejak kebelakangan ni, isu tentang pendidikan cukup hangat diperkatakan di kalangan netizen. Tapi, apa kaitannya dengan diploma WBL? Mesti korang pun tertanya-tanya kan?
Semenjak tahun 2022, kajian mendapati 72% lepasan SPM tidak berminat untuk sambung belajar. Perkara ini adalah sangat membimbangkan untuk pertumbuhan negara secara holistik dan perkembangan cara berfikir anak-anak muda. Untuk mengetahui mengapa diploma WBL adalah penyelesaiannya, jom baca penerangan ini sehingga akhir.
Korang kena faham kenapa golongan muda memilih untuk bekerja. Kebanyakkan daripada mereka menginginkan pendapatan yang segera. Walau bagaimanapun, penglibatan para pelajar dalam institusi pendidikan dapat melahirkan tenaga mahir yang diperlukan untuk kemajuan negara. Oleh itu, diploma WBL dapat membantu dalam memastikan kedua-dua keperluan industri dan anak muda dapat diselesaikan.
Apa beza Diploma dan Diploma WBL?
1. Konsep Pembelajaran dalam Diploma WBL
Mestilah ada beza antara program diploma konvensional dan diploma WBL. Program-program diploma yang berada di pasaran merupakan program diploma biasa iaitu menekankan pembelajaran teori dalam jangka masa yang lebih lama daripada sesi praktikal.
Diploma WBL direka bentuk melalui inovasi modul-modul diploma sedia ada yang berasaskan industri supaya menepati pasaran kerjaya masa kini.
Perbezaan utama dalam program-program yang dikategorikan dibawah diploma WBL adalah dengan penawaran tempoh praktikal yang lebih panjang (sekitar 18 bulan) dan diberikan bayaran gaji.
2. Contoh-Contoh Kursus yang Ditawarkan dalam Diploma WBL
Antara contoh-contoh kursus yang ditawarkan di bawah program diploma WBL adalah seperti berikut:
Program-program diploma sambung belajar: Kenapa perlu pilih Diploma WBL? Sebelum diploma WBL dilancarkan, 5 kayu ukur utama telah ditetapkan demi memastikan program ini mempunyai kualiti dan kriteria terbaik. Hal ini kerana diploma WBL merupakan sebuah program pendidikan alaf baharu yang menepati keperluan industri dan anak muda terutamanya lepasan SPM.
5 kayu ukur terpenting yang menjadikan diploma WBL perlu dipilih oleh golongan muda adalah keranan ia menepati 5 kriteria iaitu pendapatan, kelayakan, pengalaman, pekerjaan dan kebanggaan.
i. Pendapatan.
Di dalam program diploma WBL, tempoh praktikal bagi para pelajar adalah lebih lama iaitu sehingga 18 bulan. Para pelajar akan dibayar gaji dan ia dapat menjadi sumber pendapatan para pelajar.
ii. Kelayakan
Di samping memberi penekanan kepada aspek kemahiran dalam sesuatu bidang yang dipilih oleh para pelajar, diploma WBL juga memberikan kelayakan bertaraf diploma kepada para graduan yang berjaya menyelesaikan pengajian.
iii. Pengalaman
Mengikut perjalanan program di bawah diploma WBL, tempoh praktikal bagi seseorang pelajar adalah lebih lama berbanding di diploma konvensional. Oleh itu, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran yang mempersiapkan graduan untuk dapat terus berkhidmat dalam industri setelah bergraduasi.iv. Pekerjaan
Dengan ilmu teori yang cukup dan pengalaman praktikal yang yang memenuhi aspek kemahiran yang diperlukan oleh industri, adalah lebih mudah untuk para pelajar diterima kerja atau diserap masuk ke sesebuah syarikat yang memberi akses praktikal kepada pelajar. v. Kebanggaan
Berdasarkan keempat-empat kriteria berikut, ia menjadikan para pelajar bergraduasi dengan lebih terjamin dari segi masa depan. Hal ini menjadikan diploma WBL sebagai pilihan yang tepat bagi anak muda dan kebanggaan buat keluarga dan perkembangan negara dalam sesebuah industri tertentu.
(written by Nani)